26 September 2017 - 04:44
Iraq-Turki Mulakan Latihan Ketenteraan Besar-Besaran

Tentera Iraq telah memulakan latihan ketenteraan besar-besaran dengan tentera Turki di sepanjang garisan sempadan bersama kedua-dua buah negara selepas referendum pemisahan Kurdistan daripada Iraq dilangsungkan di sebalik kemarahan Baghdad dan Ankara.

Foto: AP

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tentera Iraq telah memulakan latihan ketenteraan besar-besaran dengan tentera Turki di sepanjang garisan sempadan bersama kedua-dua buah negara selepas referendum pemisahan Kurdistan daripada Iraq dilangsungkan di sebalik kemarahan Baghdad dan Ankara.

Kementerian Pertahanan Iraq dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh agensi berita televisyen berbahasa Arab al-Sumeria pada hari Isnin bahawa berkata bahawa "Leftenan Jeneral Othman al-Ghanmi, ketua staf tentera, telah mengumumkan permulaan latihan ketenteraan besar-besaran Iraq-Turki di sepanjang garisan sempadan bersama di antara kedua-dua buah negara."

Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas ahli perundangan Iraq menuntut kerajaan untuk menghantar tentera ke kawasan yang dipertikaikan dengan etnik Kurdis di sebalik ketegangan yang semakin meningkat di antara kerajaan Baghdad dan Kerajaan Wilayah Kurdistan (KRG) yang diketuai oleh Massoud Barzani. Krisis politik itu berlaku akibat daripada tindakan pemerintah Kurdis yang menganjurkan referendum pemisahan wilayah itu daripada negara Arab tersebut.

Terdahulu, Perdana Menteri Turki, Benali Yildirim mengumumkan bahawa tentera kerajaan Iraq akan mengambil bahagian di dalam latihan ketenteraan Iraq-Turki di sepanjang garisan sempadan bersama kedua-dua buah negara itu.

Referendum yang bersifat provokatif itu telah dilangsungkan di rantau ini di sebalik kritikan masyarakat antarabangsa khususnya negara-negara serantau yang memperingatkan kesemua pihak bahawa tindakan tersebut berkemungkinan besar akan memberikan tamparan hebat kepada kestabilan Iraq yang sudahpun melihat banyak pertumpahan darah sejak dari zaman perang Teluk lagi.

Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada hari Isnin memberi amaran bahawa Ankara akan menutup sempadannya dengan wilayah Kurdistan Iraq berikutan penganjuran referendum kontroversial itu.

Pemimpin Turki itu turut tidak menolak campur tangan ketenteraan di wilayah tersebut dalam rangka menghalang penciptaan negara Kurdis di sempadan tenggaranya yang menurut beliau mempunyai potensi untuk menjadi kawasan aman bagi militan Kurdis yang memerangi Ankara.

Turki, antara lain, menentang referendum itu sejak awal lagi dan telah memberi amaran bahawa perpecahan wilayah Iraq memiliki potensi untuk berkembang menjadi konflik besar.

Iran pula telah mengumumkan bahawa mereka menentang sebarang rancangan "unilateral" berhubung pemisahan Wilayah Kurdistan sekaligus menekankan bahawa kesemua pihak perlu berusaha untuk mengekalkan integriti dan kestabilan Iraq.

Pada hari Ahad, Iran juga telah menutup ruang udaranya ke atas setiap penerbangan pergi-balik dari wilayah Kurdis selepas menerima permintaan tersebut daripada kerajaan Iraq. -ABNA24

/315